Home Berita PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang cakna golongan kurang upaya

25
SHARE

Oleh TIA RAZALI

BATU, 01 Okt : 28 kotak makanan asas dan barangan basah telah diagihkan kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Persekutuan pada 25 September oleh Gerakan Tabung Bencana Covid-19 dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Bintang.

Bantuan yang disampaikan di Medan Idaman, Kuala Lumpur itu bertujuan meringankan beban mereka yang cacat penglihatan ditambah lagi dengan kesan pandemik Covid-19 yang melanda masyarakat Malaysia secara amnya.

Agihan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Yang di-Pertua PAS Bukit Bintang, Tuan Haji Mohd Azemi Azman bin Johari kepada Bendahari PERTIS Pusat, Mat Rodzi bin Hanapi.

Menurut Pengerusi Tabung Bencana Covid-19 Bukit Bintang, bantuan ini akan diteruskan secara berkala bagi mereka yang memerlukan.

“Kami mensasarkan bantuan berkala ini bagi individu dan keluarga yang memerlukan di sekitar Bukit Bintang. Jika ada yang mempunyai maklumat tentang keluarga yang perlu dibantu, bolehlah menghubungi talian hotline kami agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu,” ujar beliau.

Gerakan Tabung Bencana Covid-19 Bukit Bintang juga masih membuka ruang bagi yang mahu menyumbang dengan menghubungi nombor Hotline Bantuan Covid-19 PAS Bukit Bintang di 011-3518 6770.