Oleh NORZANA RAZALY
RANTAU PANJANG, 27 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periuk, YB Dato’ Mohamad Awang memaklumkan pembinaan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang terletak di Kampung Dangar dalam DUN Gual Periuk berpotensi untuk mempertingkatkan nilai pembangunan hak kemanusiaan di DUN Gual Periok apabila setiap maslahat masyarakat dapat diurus dengan cekap dan tersusun.
Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas pemilihan Kelantan sebagai lokasi perintis PSSS tersebut.
YB Dato’ Mohamad berkata antara peranan PSSS ialah sebagai tempat perlindungan sementara bagi kes rumah tangga dan sosial.
Beliau berharap kerja-kerja pengubahsuaian berjalan lancar dan dapat beroperasi pada April tahun 2022 sebagaimana jangkaan. Sekali gus dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
“Harapan saya, dengan adanya PSSS ini, rakyat DUN Gual Periok berasa selesa, kalau ada masalah boleh terus ke PSSS untuk membuat aduan atau meminta pandangan pakar”, katanya ketika ditemui di Program Lawatan Kerja YB Menteri (KPWDM) ke Tapak Cadangan Pembangunan PSSS Rantau Panjang, semalam.