Home Berita PAS Kelantan

Pantai Melawi dinaiktaraf bagi kemudahan pengunjung

956
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 21 Sept: Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula taman-taman rekreasi awam di negeri yang memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) disambut baik oleh semua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan YB Dr Izani Husin berkata, Kerajaan Kelantan juga sentiasa optimis dengan membina kemudahan asas kepada rakyat untuk beriadah bersama keluarga.

“Pantai Melawi Bachok yang kini menjadi lokasi ‘viral’ akan diberi nafas baharu dengan menaik taraf kemudahan asas seperti pembinaan arca, pintu gerbang, tandas dan surau.

Prasarana ini disediakan untuk kegunaan para pengunjung pantai dan kini kerja-kerja naik taraf sedang giat dijalankan” katanya ditemui ketika berkunjung ke lokasi.

Tambahnya, Pantai Melawi akan menjadi sebuah taman rekreasi awam dan riadah keluarga yang cantik dan ceria jika kemudahan yang disediakan digunakan sebaik mungkin dan kebersihan pantai sentiasa dijaga.