Home Berita PAS Kelantan

Segera ambil suntikan vaksin – Timbalan Menteri MOSTI

61
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

BACHOK, 18 Sept: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Ahmad Amzad Hashim menyeru rakyat Kelantan segera mengambil suntikan vaksin sebagai ikhtiar untuk membendung penularan COVID-19 selain mengurangkan kes kemasukan ke hospital dan risiko kematian.

Beliau berucap merasmikan Program Vaksin COVID-19 sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pantai Senok hari ini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, YB Mejar ( B ) Dato’ Md Anizam Ab Rahman, ADUN Tawang, YB Dato’ Hassan Mohamood, ADUN Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Che Husin, wakil Ketua Jajahan Bachok serta pegawai tinggi kerajaan pusat dan negeri.