Oleh NORZANA RAZALY
TUMPAT, 12 Sept: Kempen derma darah anjuran bersama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) dengan kerjasama Tabung Darah Negara dilihat sebagai satu usaha murni Kerajaan Kelantan bagi menggalakkan masyarakat untuk menderma dan sekali gus dapat menjalani pemeriksaan kesihatan. Program kali ke-9 itu berjaya mengumpul 1,383 beg darah.
Terdahulu, Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob hadir dalam siri lawatan ke Program Amal Mega Blood Donation 3.0 bertempat di Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Tahfiz Ibadurrahman. Purata 80 hingga 100 beg darah setiap hari diperlukan bagi memenuhi keperluan 12 buah hospital iaitu sembilan buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga buah hospital swasta di seluruh Kelantan.
Pada majlis yang sama, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Amal Kelantan sejumlah RM30 ribu bagi kegunaan program kemasyarakatan. Turut bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO YB Wan Roslan Wan Hamat dan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ II) Dato’ Dr Hajjah Selasawati Hj Ghazali.