Home Berita PAS Kelantan

Lawatan Menteri Besar ke Program Amal Mega Blood Donation 3.0

121
SHARE
Menyantuni penderma darah sempena Program Amal Mega Blood Donation 3.0 2021 Semarak Kasih Amal anjuran bersama Jabatan Transfusi Perubatan HRPZ II dan Unit Amal PAS Negeri Kelantan

Oleh MOHD HUSHAIMI HUSSIAN

KOTA BHARU, 11 Sept: YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob telah mengadakan lawatan ke Program Amal Mega Blood Donation 3.0 yang berlangsung di Sriti Tahfiz Ibadurrahman Tumpat.

Program ini menjadi kempen derma darah terbesar dan bersejarah diadakan di seluruh negara.

Amal Mega Blood Donation (AMBD) anjuran Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Tabung Darah Negara ini dilaksanakan pada tarikh dan tempat mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Bagi peringkat Negeri Kelantan, Tumpat adalah program yang ke-9 yang telah diadakan. Setakat ini sebanyak 1,383 beg darah berjaya dikumpulkan.

Bekalan darah di Negeri Kelantan berada pada tahap optimun pada masa sekarang kerana telah ada kesedaran di kalangan rakyat Kelantan tentang kepentingan menderma darah dapat menyelamatkan nyawa selain program derma darah telah mendapat sambutan di kalangan rakyat Kelantan.

Walau bagaimanapun, pada masa sekarang darah jenis B mengalami kekurangan bagi menampung pesakit di hospital seluruh negeri Kelantan.

Secara purata sebanyak 80 hingga 100 beg darah diperlukan setiap hari bagi memenuhi keperluan sebanyak 12 hospital iaitu sembilan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga hospital swasta di seluruh Kelantan.

YAB Ustaz Dato’ juga menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Amal Kelantan sebanyak RM30k bagi tujuan program kemasyarakatan.

Turut bersama YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Dato’ Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab ll ( HRP II )

#MerakyatMembangunBersamaIslam