Home Berita PAS Kelantan

300 Asnaf terima bantuan Beras Al-It’am

88
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PASIR PUTEH, 9 Sept: Seramai 300 asnaf kawasan Limbongan menerima bantuan beras Al- It’am pada Majlis Penyampaian Sumbangan Beras Al-It’am, minyak dan gula bagi bulan September 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, YB Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah menyampaikan bantuan yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat DUN Limbongan, semalam.

Menurut YB Ustaz Mohd Nazlan, selain bantuan asas, wang tunai sebanyak RM30 juga diberi sebagai inisiatif daripada DUN untuk meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung asnaf sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).