Home Berita PAS Kelantan

Pasukan UPD@UPKN kini lengkap

183
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KOTA BHARU, 9 Sept: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) semakin beroleh rezeki dari aspek pertambahan modal insan berjawatan profesional dan penolong pegawai apabila pihak Pengurusan Sumber Manusia, Setia Usaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) meluluskan permohonan beberapa perjawatan baharu pada tahun ini.

Menurut Pengarahnya, YB Ahmad Fathan Mahmood, UPKN menerima kemasukan staf baharu bermula Julai lalu.
Antaranya, Unit Penerbitan dan Dokumentasi (UPD@UPKN) sudah dilengkapkan dengan dua perjawatan iaitu Penolong Pengarah Kanan (Ketua Unit) oleh Mohamad Farhan Mohd Fauzai dan Penolong Pengarang, Nur Asyura Muhammad.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kepada SUK atas kerjasama konstruktif ini untuk melancarkan gerak kerja UPKN secara berpasukan yang lengkap.

Perjawatan Ketua Unit UPD memang wajar diisi setelah lama tidak dipenuhi sejak tahun 2018 berikutan mantan penjawat terdahulu meletak jawatan”, katanya.

Sementara itu, UPD selesai mengadakan mesyuarat khas unit yang pertama bersama ahli pasukan yang lengkap, semalam.

Selaku pemimpin UPD yang baharu, Farhan, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berharap UPD dapat memberikan impak yang besar dalam menaikkan nama UPKN sebagai media rasmi Kerajaan Kelantan.

#ViraliyatBerita1ptg
#KebersamaanUPKN
#UPKNmediarasmiKerajaanKelantan
#HanyaYangLajuPastiMaju