Oleh NORJULIANA YAACOB
BEDONG, 7 Sept : Meskipun terpaksa melakukan rutin harian dengan berkerusi roda namun ia tidak mematahkan semangat Noraishah Ahmad 51 tahun yang tinggal di Kampung Batu Satu, Bedong.
Beliau yang mengalami masalah kencing manis terpaksa memotong kaki kanannya kira-kira empat tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana masih mampu melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan menguruskan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Noraishah berkata suaminya tidak bekerja sejak setahun lalu kerana turut mengalami masalah kesihatan.
“Alhamdulilah kami ada dapat bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) setiap bulan, boleh la guna untuk berbelanja.
“Selain pada tu anak-anak ada bantu sikit memenuhi keperluan harian,” katanya.
Situasi Noraishah dan suami mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit.
YB Ustaz Sabri menyampaikan sumbangan bakul makanan dan juga sumbangan wang tunai kepada mereka.