Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KUALA KRAI, 31 Ogos: Dewan Undangan Negari (DUN) Guchil dan Jabatan Penerangan Kuala Krai berkerjasama menganjurkan Program Konvoi Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia 2021 di Perkarangan Taman Chintawangsa, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah telah merasmikan dan melepaskan konvoi tersebut disertai ahli Kelab Pemilik Marcedes 123 Kuala Krai dan Adventure Team 4×4 Baracudda Kuala Krai.
Konvoi diiringi anggota trafik dan kereta peronda PDRM Kuala Krai serta kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan Majlis Daerah Kuala Krai.
Menurut YB Hilmi, program ini adalah acara tahunan DUN Guchil sebagai usaha memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan dalam norma baharu.
Di samping itu, Kempen Imunisasi Kebangsaan dan Pembudayaan Norma Baharu kepada masyarakat setempat juga dilaksanakan untuk mempercepatkan kadar imuniti kelompok.