Home Berita PAS Kelantan

Menteri Besar terima kunjungan Ketua Pengarah Keselamatan Negara

275
SHARE

KOTA BHARU, 29 Ogos: YAB Menteri Besar Kelantan telah menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, di pejabat Menteri Besar di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim, pagi ini.

Beberapa perbincangan diadakan berkaitan tentang sekitar langkah-langkah Kerajaan khususnya dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah YB. Dr Izani Husin, Exco Kerajaan Negeri dan YABrs. Pengarah MKN Kelantan.

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#PatuhiSOP