Home Berita PAS Kelantan

Bersatu, tolak ansur tingkatkan perpaduan

78
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 30 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, Allah SWT memberi peluang untuk umat manusia meningkatkan perpaduan dan jangan melepaskan serta bersabar dengannya.

“Dalam beberapa perkara yang kita bersependapat kita hendaklah bersatu, manakala perkara yang kita mempunyai pandangan berbeza hendaklah kita bertolak ansur. Apabila kita sering bertelingkah, kekuatan kita akan hilang bersama angin.

Sekarang kita diganti dengan peluang baharu, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu untuk tingkatkan perpaduan yang ada, jika dilepaskan peluang ini, kita akan semakin lemah”, katanya ketika sesi penggulungan sidang DUN Kelantan, baru-baru ini.

Beliau turut mengajak rakyat bersama-sama menghadapi pandemik COVID-19 dengan kesabaran serta berharap wabak ini hilang dan keadaan kembali seperti biasa.

#ViraliyatBerita9pg
#LiputanKhasSidangDUN2021