Home Rencana PAS Perak

‘Bersangka-sangka’ | Dr. Najihatussalehah Ahmad

0
SHARE
‘Bersangka-sangka’
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Rasulullah SAW bersabda :
إيا كم والظن فإن الظن أكذب الحديث ولاتحسسوا ولا تجسسوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا ولا تباغضوا وكونوا عبادالله إخوانا
Mafhumnya: “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan.
Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci.
Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” [HR Bukhari dan Muslim]
Sungguh buruk perbuatan berprasangka buruk pada orang lain.
Jika kita sendiri tidak sukakan orang berprasangka pada kita, mengapa kita pula mahu berprasangka dengan orang lain ?
Adakalanya terlalu sibuk mengintai kesalahan dan kekurangan orang, tetapi tidak pula di periksa hati sendiri.
Sungguh manusia itu lemah.
Lemah dalam pelbagai perkara.
Apatah lagi mahu melihat kekurangan orang lain.
Bersangka-sangka dengan orang lain, tanpa usul periksa.
Bertaqwalah dan mohonlah keampunan pada Allah, tatkala hati kita berbisik keburukan orang lain.