Home Berita PAS Perlis

Warga Guar Sanji Terima Bubur Asyura 

53
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 30 Ogos : Sebanyak 200 pek bubur asyura telah diagihkan secara percuma kepada penduduk di DUN Guar Sanji, semalam.

Bubur asyura berkenaan telah disediakan secara gotong-royong dalam program Kacau Bubur Asyura anjuran NGO Pertubuhan Guar Sanji Prihatin (GS Care) yang diadakan di Kampung Utan Kandis, dekat sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Guar Sanji, program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO terbabit untuk para penduduk di DUN Guar Sanji.

“Aktiviti menyediakan bubur asyura secara gotong-royong ini turut mendapat kerjasama daripdaa para petugas PAS cawangan serta penduduk setempat.

“Alhamdulillah, sebanyak 200 pek bubur asyura telah disediakan untuk diagihkan secara percuma kepada para penduduk di sini.

“Bagi pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif yang telah dilaksanakan GS Care ini ” katanya ketika ditemui di sini.