ALOR SETAR, 26 Ogos: YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar diwakili oleh YB Dato’ Hajah Mumtaz Md. Nawi untuk penyerahan sumbangan bencana banjir kilat akibat fenomena kepala air kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya Seri Mentaloon, pagi ini.
Kelantan turut memberi sumbangan 300 unit periuk nasi elektrik, 350 pasang kain sembahyang (telekung) dan cecair sanitasi tangan yang isipadunya 150 ml sebanyak 1200 unit.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Hj Mohd Asri Mat Daud.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
Kredit Gambar: UPDA