Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
PENGKALAN KUBOR, 26 Ogos: ADUN Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyambut kunjungan Ketua Polis Kelantan, YDH CP Dato’ Shafien Mamat ke pos kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang, semalam.
YB Ustaz Wan Roslan merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan KP Kelantan berserta petugas barisan hadapan, pengawa, penghulu atas kecaknaan mereka memastikan keselamatan rakyat dijaga dengan baik.
Tiga lokaliti dikenakan PKPD di Kelantan membabitkan Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang di Mukim Jai Besar selain Kampung Bunut Sarang Burung di Mukim Wakaf Bharu sejak Ahad lalu.