Home Berita PAS Kelantan

Belia diseru hayati semangat pejuang kemerdekaan

91
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 26 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat menyeru belia Kelantan menghayati semangat perjuangan serta pengorbanan generasi terdahulu mencapai kemerdekaan.

Menurutnya, semangat tersebut perlu diterapkan dan mesti disyukuri oleh generasi baharu untuk cekal mendepani cabaran pandemik COVID-19.

“Generasi hari ini mendapat nikmat kemerdekaan dan keamanan daripada pengorbanan para pejuang terdahulu yang bermandi darah menentang penjajah.

Namun, kita masih lagi duji dengan penjajahan wabak yang mengancam nyawa, pergerakan terhad kerana terikat dengan undang-undang semasa”, katanya ketika merasmikan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang serta simbolik penyerahan Jalur Gemilang di perkarangan Urusetia Belia Sukan (U- BES), hari ini.

Tambahnya, U-BeS sentiasa berusaha mencari idea dengan mengadakan pelbagai program yang bermanfaat khususnya kepada anak muda sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) sempena bulan kemerdekaan antaranya, pertandingan video pendek, pertandingan deklamasikan sajak serta pertandingan gambar kreatif.

Hadir sama Pengarah U-BeS Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin, Pengerusi Kelab Darul Naim, Ariff Abdullah, para Pengerusi Kelab Anak Muda Parlimen, Altelnative Riding Club (ARC) serta pegawai-pegawai jemputan.