Home Berita PAS Kelantan

Kelantan sedia beli vaksin jika perlu – Exco Kesihatan

57
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 23 Ogos: Dalam usaha memenuhi keperluan semasa sesuai dengan kesedaran rakyat tentang keperluan suntikan vaksin COVID-19 Kerajaan Kelantan bersedia membeli vaksin jika perlu menambah bekalan berikutan kes makin meningkat.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin ketika ditemui media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan ke-14 tahun 2021.

Katanya, perkara ini sudah dipersetujui oleh Menteri Besar dan sedang menunggu maklumat terperinci daripada Jabatan Kesihatan Negeri.

Berhubung dengan titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan yang berdukacita dengan pihak anti vaksin yang menyebarkan berita- berita negatif di media sosial, beliau turut senada menyatakan polemik ini akan menjejaskan kestabilan negara.

Beliau juga mengesa supaya golongan yang anti vaksin segera menghentikan polemik ini demi menjaga kepentingan perkembangan ekonomi, sosial, keagamaan dan lain-lain dalam masyarakat.

#ViraliyatBerita1ptg
#LiputanKhasSidangDUN2021