Oleh SUHAIZI KADIR
KOTA BHARU, 24 Ogos: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bersetuju memilih pengamal perubatan, Dr Wan Martina Wan Yusoff, sebagai Ahli Dewan Negara bergelar Senator mewakili Kelantan.
Pencalonan Dr Wan Martina dikemukakan Menteri Besar, YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob, selepas Speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Abdullah Ya’kub, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara susulan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menerusi pemakluman surat kepada beliau.
Dr Wan Martina adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD), Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan dan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis.
Beliau dipilih sebagai Senator menggantikan Asmak Husin yang tamat tempoh perkhidmatan pada Jun lalu.
#LiputanKhasSidangDUN2021