Home Berita PAS Kelantan

Tiga destinasi pelancongan diperkasakan semula

85
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 25 Ogos: Dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan yang terhalang oleh pandemik COVID-19, hampir dua tahun beberapa kawasan sedang dibangun dan dimajukan semula untuk tarikan pelancongan pada masa akan datang.

Destinasi pelancongan tersebut ialah Projek Warisan Kampung Laut, Zoo Kuala Krai dan Kolam Air Panas Tok Bok, Machang.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, YB Mejar Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman pada sesi penggulungan Hari Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2021, semalam.

#ViraliyatBerita9pg
#LiputanKhasSidangDUN2021