Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN
YAN: Yang Berhormat (YB) Mohd Radzi Md Amin, Adun Pedu bersama Skuad Bencana Dun Pedu ke Pekan Yan bagi membersihkan masjid dan kawasan perumahan yang terjejas akibat banjir lumpur. Tindakan segera YB ini turut mendapat liputan TV1.
“Proses pembersihan ini akan menjadi lebih cepat dengan adanya sukarelawan yang datang membantu. Bagi yang sihat dan boleh menjadi sukarelawan bolehlah datang membantu membersihkan kawasan ini.”
YB Mohd Radzi berkata, sukarelawan boleh menghubungi ketua Lajnah(unit) Bencana Pas Kawasan di daerah tempat tinggal masing-masing atau wakil rakyat untuk menjadi sukarelawan disini.
“Diharapkan juga kepada mangsa kejadian untuk tabah dan sabar menghadapi dugaan. InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.” Kata beliau juga merupakan Pengerusi Skuad Bencana Pas Kedah.
/tasnim