Home Berita PAS Kelantan

Bantuan bakul makanan DUN Temangan diteruskan

76
SHARE

Oleh RABIATON KARIM

TEMANGAN, 21 Ogos: Pusat Khidmat DUN Temangan, hari ini, meneruskan lagi agihan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang menjalani kuarantin, serta keluarga yang terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agihan tersebut dilakukan di Pusat Khidmat DUN serta diagihkan ke rumah-rumah penduduk yang dikuarantin dan terkesan dengan PKP.

ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada penghulu-penghulu DUN Temangan yang mewakilinya untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.