Oleh NORJULIANA YAACOB
JERAI,17 Ogos : Prihatin dengan nasib mangsa banjir kilat di sekitar Daerah Yan dan juga Gurun bantuan makanan telah mula diedarkan.
Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata, sumbangan wang tunai telah disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Kita telah memilih empat lokasi untuk bergotong-rotong menyediakan makanan.
“Lokasi berkenaan ialah Surau Gurun Jaya, Sungai Badak, Taman Seri Utama dan juga Teroi,” katanya.
Menurut YB Ustaz Sabri, makanan berkenaan diedarkan kepada semua mereka yang terjejas.
“Kita faham mereka dalam keadaan trauma dan memerlukan bantuan segera.”
“Ini adalah kejadian terburuk dalam sejarah dan tindakan pantas akan diambil,” katanya.
Tambah YB Ustaz Sabri, semua pihak diminta bersabar dan menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga masing-masing.
“Bersabarlah dengan ujian ini kerana hikmah terbesar pasti akan datang,” katanya.