Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Terima Kasih Abah TSMY

358
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang amat bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan seorang pemimpin yang banyak berusaha dalam memberikan kebaikan kepada rakyat dan selalu bertawakkal kepada Allah yang selalu dipanjatkan doa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Abah).

Dewan Muslimat PAS negeri Pulau Pinang juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke-8 serta semua barisan kabinet menteri yang telah berbakti mentadbir dan mengurus negara.

Pentadbiran yang diurus oleh manusia, pasti tidak sempurna namun, mentadbir negara dalam situasi pandemik Covid-19 ini merupakan tugas yang mencabar yetapi alhamdulillah ia dapat ditangani dengan berkat Allah Taala dan penuh hemat dan komprehensif.

Kami menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dilihat mengutamakan kebajikan rakyat melalui usaha Program Imnunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan juga Pelan Pemulihan Negara. Semoga Allah sentiasa memudahkan usaha murni ini.

Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang mengharapkan segala usaha PN yang sedang rancak dijalankan masa ini tidak terhenti akibat krisis politik yang melanda demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

Ustazah Hasanah Idris
Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang