TEMANGAN, 17 Ogos: ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, hari ini menyampaikan sumbangan bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk sekitar Temangan yang dikuarantin.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh ADUN Temangan sendiri di Pusat Khidmat DUN Temangan yang diwakilkan kepada penghulu -penghulu yang kemudian akan diedarkan kepada anak mukim masing-masing yang dikuarantin.
Mohamed Fadzli mengucapakn terima kasih kepada semua penghulu dan petugas di Pusat Khidmat ADUN Temangan atas usaha untuk membantu warga DUN Temangan yang memerlukan.
“Sudah tentu tidak mencukupi (bantuan) tetapi sekadar ingatan kami kepada yang memerlukan”.