Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Suntikan Vaksinasi di Peria

166
SHARE

KUALA KRAI, 16 Ogos: Program Outreach Suntikan Vaksin di Peria telah berlangsung dan ia merupakan program Outreach ke-10 di Kuala Krai.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman telah melakukan lawatan ke program tersebut yang di adakan di Sekolah Kebangsaan Peria.

Sebanyak 528 suntikan dos pertama berjaya di beri kepada penduduk Kg Peria dan sekitarnya.

Menurut Abdul Latiff, laporan terkini berkaitan kawasan yang telah mencapai komuniti kelompok menunjukkan bahawa kadar kematian dan pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi semakin berkurangan.

“Saya mengharapkan penduduk di kawasan Kuala Krai akan mencapai komuniti kelompok dalam masa yang terdekat”.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penduduk Peria yang hadir pada program hari ini dan juga ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.