Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR
BALING, 17 Ogos :Seramai 300 penduduk dalam DUN Kupang menerima suntikan vaksin Sinovac menerusi klinik bergerak di pekarangan Masjid Badang disini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Brigadier Jeneral (Besara) Dato’ Najmi Ahmad berkata, progam itu melibatkan enam kampung iaitu Kampung Badang, Kampung Kuala Nau, Kampung Sedim, Kampung Padang Belon, Kampung Ulu Tawar dan Kampung Gelugor.
“Alhamdulillah sambutan yang diberikan penduduk amatlah menggalakkan. Dari apa yang saya lihat, penduduk semakin memahami kepentingan suntikan vaksin.”
“Mobilasi kesedaran suntikan vaksin yang dibuat kerajaan negeri bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah Baling, Jabatan Penerangan daerah Baling dan lain-lain agensi berjaya memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang keperluan vaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang di pekarangan Masjid Badang, hari ini. Antara Pegawai Perubatan daerah Baling yang terlibat dalam progam berkenaan adalah Dr Yuhana Abd Latif dan Dr Rahimah Ab Razak.
Turut hadir Penolong Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Kupang, Hassan Saad.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”