Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Kuala Krai ziarah pesakit jantung

59
SHARE

KUALA KRAI, 14 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman hari ini meluangkan masa menziarahi tiga warga Mukim Keroh yang diuji dengan masalah jantung.

Beliau bersama Penghulu Raja Muzamir menziarahi mereka yang kini tinggal di kawasan penempatan baharu di Senaga dalam Mukim Kuala Pertang.

Abdul Latiff turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada penerima dimana salah seorang dari mereka ialah bayi berusia 5 bulan yang memerlukan rawatan lanjut di IJN.

Beliau turut mendoakan semoga mereka semua sembuh dengan baik dan dikurniakan nikmat sihat wal’afiat.

Turut bersama ialah saudara Amri Hassan Ketua Pemuda Pas Cawangan Keroh.

#KualaKraiSejahtera