Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Hj Zainal Abidin Kidam mengumumkan langganan e-paper Harakah selama sebulan atau 30 hari hingga hujung tahun 2017 ini secara percuma bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh pembaca dan peminat harakah selama ini bersempena sambutan 30 tahun Harakah yang bermula pada 1hb Mac, 2017 yang lepas.
Kali terakhir Harakah memberikan kemudahan epaper percuma kepada warga siber adalah pada masa pilahnraya umum (PRU) ke-13 pada tahun 2013 yang lepas. Pengumuman langganan percuma epaper dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah ketika itu yang dibuat serentak dengan pembubaran parlimen yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada 3hb Mac, 2013.
Bagi mendapat akses kepada langganan epaper Harakah secara percuma ini, warga siber hanya perlu mendaftarkan maklumat yang diperlukan dalam web www.myharakah.net dengan segera untuk menikmati kemudahan ini. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan pemgumuman ini, sila hubungi 03-4021 3343 (Puan norhafizah Ibrahim).
Bagi pelanggan yang belum lagi memiliki kad setia pelanggan yang dikenali sebagai kad Istiqamah, mereka boleh mendaftarkan kad Silver dengan harga pakej epaper sebanyak RM 10 sahaja untuk sebulan. Serentak dengan tawaran ini juga, bagi kad silver berkenaan, harakah akan menambah akses selama satu bulan lagi menjadikannya 2 bulan.
Sehubungan dengan ini, bagi pemegang kad Istiqamah yang sedia ada, Harakah akan mengemaskini rekod pelanggan-pelanggan sedia ada dengan memanjang tempoh langganan mereka selama sebulan secara automatik.
Manakala bagi pengguna-pengguna baru perlu mengemaskinikan maklumat mereka dengan sendiri dalam laman web http://sso.myharakah.net dengan segera untuk menikmati kemudahan ini.
{jathumbnail off}