Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Pemuda PAS Permatang Pauh Kesan Kedai Judi Di Taman Guar Perahu Indah, Permatang Pauh

1014
SHARE

Pemuda PAS Permatang Pauh meninjau ke sebuah kedai menjual peralatan elektrik yang dikatakan berselindung disebalik perniagaan ini dengan menyediakan perkhidmatan perjudian nombor ekor yang beralamat di lot kedai No. 19, Taman Guar Perahu Indah.

Pengesahan telah dibuat oleh Sdr Isa, AJK PAS Cawangan Taman Guar Perahu apabila beliau sendiri telah melaporkan permasalahan ini kepada Adun Penanti, YB Dr. Norlela pada 31 Januari yang lepas malah turut memaklumkan kepada AJK Masjid Padang Ibu yang terletak berhampiran lokasi kedai judi ini malangnya sehingga kini masih beroperasi seperti biasa walaupun pada bulan Ramadhan.

Perkara yang sangat mendukacita apabila kedai ini beroperasi di tempat majoriti penduduk adalah Umat Islam dan sudah tentu pembeli nombor ekor adalah dari kalangan umat Islam itu sendiri sehinggakan penjualan dilakukan menggunakan pintu belakang kedai judi bagi mengelak aktiviti ini dikesan.

Sewajarnya pihak AJK Masjid Padang Ibu [rujuk peta lokasi no. 2] serta Pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh [rujuk peta lokasi no. 1] memainkan peranan dalam membanteras kegiatan pemilik kedai perjudian ekor ini yang sangat berhampiran dengan lokasi mereka.

Pemuda PAS Permatang Pauh sentiasa memantau perkembangan yang berlaku disekitar kawasan ini agar perkara-perkara sebegini dapat dibanteras seperti yang ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmannya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(QS. Al-Ma’idah: Ayat 90).

IR. AHMAD RAFAEI DATO A RASHID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kaw. Permatang Pauh
08 Jun 2017 bersamaan 13 Ramadhan 1438

{jathumbnail off}