KOTA BHARU, 7 Ogos: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Datuk Hjh. Zuraida Bt Kamaruddin melakukan lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan.
Sempena lawatannya ke negeri ini, beliau telah melakukan kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim disini hari ini, sebagai kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan.
Menteri Besar kelantan, YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob mengambil peluang ini dengan mengadakan perbincangan bersama Datuk Zuraida Bt Kamaruddin sempena lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan ini.
Perbincangan tersebut menfokuskan kearah menjayakan perancangan projek dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut sama YB Dato’ Hjh Siti Zailah Yusof.
#MerakyatMembangunBersamaIslam