KOTA BHARU, 7 Ogos: Kopitiam Kita dengan kerjasama Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan (DHPP) telah mengagihkan bantuan kepada penduduk sekitar yang terkesan akibat covid19.
Turut serta dalam penyediaan barangan dan pengagihan ini adalah penasihat Kopitiam Kita, Dato Roomai Nor dan Mr Wong, pemilik permis Kopitiam Kita serta wakil DHPP Kelantan, Pengerusi DHPP Kelantan Lim Guan Seng dan Ahli Jawatankuasa DHPP Pusat, Lau Chin Chua.
Menurut Roomai Nor, pengahihan ini melibatkan 100 unit bantuan berbentuk barangan keperluan asas dan ia merupakan bantuan kali kedua yang disalurkan oleh Kopitiam Kita kepada penduduk setempat dalam meringankan beban mereka mengharungi musim pandemik yang sukar ini.
Pihak DHPP Kelantan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kopitiam Kita yang memberi kepercayaan kepada DHPP Kelantan untuk membuat agihan.
#dhppforall
#kopitiamkita
#lindung_diri_lindung_semua