Home Berita PAS Kelantan

Tema Malaysia Prihatin, tepat – MB Kelantan

153
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 8 Ogos: Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan buat julung kali berkerjasama menganjurkan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan tahun 2021.

Majlis Pelancaran secara maya disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob di dataran MABNA-MBI, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan ke-64, Malaysia Prihatin, adalah bertepatan selaras dengan Kerajaan yang sentiasa mendukung aspirasi bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam memerangi wabak COVID-19.

Pelbagai inisiatif holistik diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memastikan kebajikan rakyat dalam saat mencabar ini sentiasa terbela seiring dengan konsep Merakyat Membangun Bersama Islam di Negeri Kelantan sejak tiga dekad yang lalu”, katanya ketika menyampaikan amanat dalam suasana norma baharu.

Rakyat Kelantan juga disaran mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan semangat merdeka sepanjang masa.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato’ Panglima Perang, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Kaya Setia Nazran Muhamamad, dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Azahar Ismail serta kenamaan lain.