Home Berita PAS Kelantan

ADUN Panchor edar makanan kepada petugas di PPV

173
SHARE

PANCHOR, 6 Ogos: Dato’ Mohd Amar, ADUN Panchor, mengagihkan makanan tengahari percuma kepada petugas dan sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Mukim Panji yang bertugas di program outreach vaksinasi tersebut, tengahari ini.

Program Outreach Vaksinasi ini merupakan anjuran PAPISMA Kelantan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Panchor yang berlangsung selama dua hari iaitu 7 dan 8 Ogos (Jumaat dan Sabtu). Selain PPV yang dibuka di Masjid Mukim Panji ini, PPV Awam oleh JKNK juga telah dibuka di Kompleks Islam Jubli Perak Panji sejak 8 Jun lalu dan ia dibuka setiap hari.

#PanchorPrihatin #KelantanSejahtera