Home Berita PAS Kelantan

AKSB bantu penduduk Dabong salurkan air bersih

131
SHARE

DABONG, 29 Jul: Penduduk Dabong menerima bekalan air bersih setelah AKSB membaikpulih sistem paip dan pengairan di kawasan berkenaan. Adun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin ketika melakukan tinjauan dikawsan yang dibaik pulih tersebut berkata, 85 peratus masalah air di DUN Dabong telah berjaya diselesaikan menggunakan kaedah air tandak.

Ketika ditemui, beberapa penduduk bersyukur dan berterima kasih kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) serta kerajaan Kelantan yang telah memberi bantuan menyalurkan air bersih dan menyelesaikan masalah air yang ditanggung mereka sebelum ini.

Seorang penduduk di Kampung Berangan, Abu Talib, bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan dan tekanan air makin kuat dan mereka kini boleh menimati air bersih dan sekarang tiada lagi masalah air yang perlu difikirkan. b

begitu juga pendapat yang diberikan oleh seorang pengusaha kedai dobi di Kampung Jelawang, Norliana bt Stofa yang telah menjalankan perniagaan tersebut selama 3 tahun. “Dengan usaha air kelantan keadaan air makin elok, tiada lagi habuk atau sampah dan bekalan tidak lagi putus tidak sprti dulu. Kalau hujan lebat, kedai saya masih boleh beroperasi dan sehingga sekarang bekalan air tidak pernah putus”, ujar beliau.

Ismail bin Awang Noh, Bilal Masjid Mukim Jelawang, sangat berterima kasih kepada AKSB dengan menolong anak mukim kawasan Jelawang dengan membaik pulih bekalan air dimana sebelum ini kebanykan penduduk di kawasan tersebut menggunakan bekalan air dari Air Terjun Gunung Stong yang mungkin membahayakn kesihatan dan berisiko kepada mereka “Dengan bantuan yang disediakan dan diberikan oleh AKSB, penduduk mukim Jelawang telah bergotong royong bersama-sama membaik pulih bekalan air dikawsan ini. Saya mewakili anak mukim Jelawang, berbanyak terima kasih diatas bantuan dan sumbangn air kelantan”, ujarnya lagi.

#CSRAKSB
#PendudukDabongTerimaAirBersih