Home Berita PAS Kelantan

Tanam bakau, ternak hidupan laut penuhi aktiviti konsultasi EAFM

118
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

TUMPAT, 29 Jul: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail melaksanakan penanaman pokok bakau dan pelepasan benih hidupan laut bersempena sesi konsultasi Pengurusan Perikanan Melalui Ekosistem (EAFM) di kawasan Pulau Suri, di sini.

Sebanyak 200 batang pokok bakau spesies Minyak (Rhizophora apiculata) ditanam hari ini bersama staf Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

Di samping itu, 60,000 benih udang galah serta 10,000 benih ikan siakap juga berjaya dilepaskan ke perairan umum di kawasan kepulauan Tumpat.