Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
WAKAF BHARU, 29 Jul: Penjaja ikan dan sayur, Muhamad Haiqal Rizal Mohd Rosdi, 29, dari Kampung Kebakat bersyukur dan berterima kasih apabila menerima sumbangan motorsikal roda tiga.
Sumbangan tersebut diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rosli Abdullah, di Pusat Khidmat Masyarakat, semalam.
Sumbangan ini adalah sebagai ganti kepada motorsikal roda tiga yang sudah uzur untuk beliau meneruskan perniagaan.
Muhamad Haiqal yang sudah 10 tahun berpengalaman menjaja ikan dan sayur amat terharu dengan keprihatinan wakil rakyat yang dipilih. Baginya, YB Mohd Rosli benar-benar memahami kesusahan rakyat dan bertindak segera membantu golongan yang memerlukan.
Beliau juga berharap sumbangan yang amat bermakna ini akan menyuntik semangat baharu untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan pendapatan.