Oleh NORLAILY MAJID
PADANG SERAI: Penduduk terputus bekalan makanan dan terjejas di beberapa buah tempat menerima bantuan dari Adun Merbau Pulas, Dato’ Ustazah Ashah Ghazali, baru-baru ini.
Antaranya Pekan Padang Serai, Taman Serai Wangi, Kampung Guar Lobak dan Kampung Permatang Durian.
Sumbangan berupa barangan keperluan harian diagihkan kepada penerima yang dikenalpasti.
Menurut Dato’ Ashah, program sumbangan itu juga kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) warga kilang dan G2R
“Saya mengucapkan terima kasih diatas kesudian pihak NGO warga kilang dan G2R membantu masyarakat yang terjejas ketika pandemik ini,” ujarnya.
Harapannya semoga usaha murni ini dapat dicontohi oleh NGO lain untuk tampil membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)ini.