Home Berita PAS Kelantan

Sebahagian lagi keluarga masyarakat Tionghua Temangan terima sumbangan

80
SHARE

 

TEMANGAN, 25 Jul: Sebahagian lagi keluarga masyarakat Tionghua di Temangan, Machang terima sumbangan berupa makanan asas.

ADUN Temangan, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli berkata, sumbangan  makanan asas bantuan covid19 Kerajaan Negeri Kelantan diteruskan kepada sebahagian lagi keluarga masyarakat Tionghua di Kg. Cina, Chekok Tok Chuba sebagai rentetan sumbangan kepada sebahagian awal penduduk Tionghua yang telah menerima sumbangan sebelum ini.

Bantuan tersebut telah diberikan kepada wakil penduduk iaitu Penghulu Mukim untuk menyempurnakan urusan penyampaian tersebut agar SOP dapat dipatuhi dan mengelak sebarang perhimpunan.

Beliau, dalam masa yang sama, mengucapkan terima kasih kepada Penghulu Mukim Pangkal Berangan dan pembantu-pembantunya yang mewakili Pusat Khidmat ADUN Temangan untuk urusan pengagihan sumbangan.