PASIR MAS, 14 Jul: Penghulu Abd Aziz Tahir, hari ini, mewakili Pusat Khidmat DUN Chetok mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada para penerima yang terkesan akibat tempoh perlaksanaan pkp 3.0.
Sumbangan ini adalah dibawah program Pemulih sebagaimana yang di umumkan oleh Perdana Menteri sebagai pakej tambahan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Program kali ini melibatkan seramai 1000 orang penerima di dalam DUN Chetok.
Terima kasih kepada YB Dato Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang telah menyalurkan sumbangan bakul2 makanan.