SUNGAI PETANI – ADUN Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim giat menyampaikan “Beras Sejahtera” kepada penduduk yang terjejas pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Program inisiatif kerajaan negeri telah dijalankan beliau setiap hari disertakan bersama agihan “Bakul Makanan” dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuala Muda ke seluruh DUN Pantai Merdeka.
Peranan ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada para Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Semalam, bantuan diserahkan melalui JPKK Kampung Hujung Matang, Ahmad Baharom dan wakil rakyat ini turut menyampaikan bantuan bulanan Beras Sejahtera di Kampung Baru.
Serahan diuruskan Unit Pembangunan Wanita PKWR Pantai Merdeka ini turut disertai Pengarah PKWR Pantai Merdeka, Saifulazli Ahmad sejak beberapa hari sebelumnya lagi.
Kelmarin terdahulu serahan bakul makanan dan Beras Sejahtera juga di Kampung Padang Temusu, Kampung Tengah, Teluk Wang, Simpor, Permatang Pasir, Batu Lintang dan Kampung Pengkalan serta Kampung Padang Buluh Sidam.
Ahmad Fadzli yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah berharap terutamanya golongan asnaf dan penduduk yang terputus bekalan makanan agar dapat menghubungi pihaknya.
Beliau juga mengharapkan makluman orang ramai ke Bilik Gerakan PKOB di talian 04-702 8550 atau PKWR N.27 DUN Pantai Merdeka di talian 011-1887 8002.