Home Berita PAS Kedah

‘Moha tanya, ku jawab’ – ADUN interaksi penduduk

222
SHARE

BALING – Pandemik COVID-19 bukan penghalang bagi penduduk DUN Kupang untuk mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan berbangkit daripada wakil rakyat mereka.

Menerusi slot ‘Moha tanya, ku jawab’ yang akan bermula minggu depan, penduduk dalam DUN ini boleh bertanyakan sebarang soalan kepada ADUN Kupang, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad.

Interaksi secara maya itu akan berlangsung secara soal jawab bertulis, siaran langsung Facebook atau rakaman video di Facebook Dato’ Haji Najmi Ahmad Official setiap Khamis dan Sabtu.

Najmi berkata, inisiatif itu diambilnya selepas mengambil kira kesukarannya bertemu penduduk dalam tempoh pandemik ketika ini setelah pula Kedah masih mencatatkan kes tiga angka.

“Apa saja soalan akan saya jawab termasuklah bab Makcik Kiah. Rakyat boleh bertanyakan soalan melalui messenger ruang komen Facebook rasmi atau terus kepada kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kupang termasuk hubungi saya.

“Kita akan kumpul semua soalan itu dan jawab melalui platform khas yang disediakan buat rakyat Dun Kupang

“Nak tanya soalan yang berkaitan portfolio Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah pun boleh,” katanya.