Home Berita PAS Perak

Ucapan tahniah atas pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan

31
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KANAN

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, serta YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pelantikan sebagai Menteri Kanan Luar Negeri berkuatkuasa serta merta.

Semoga kedua-dua YAB Dato’ Sri dan YB Dato’ Seri dapat menjalankan tugas dalam membangunkan negara, memperkukuh perpaduan antara parti-parti kerajaan serta menguruskan pandemik COVID-19 dengan baik. Kami mendoakan supaya Allah SWT sentiasa memandu kedua-dua YAB Dato’ Sri dan YB Dato’ Seri dalam menjalankan tugas.

Siiru ala barakatillah

#PemudaPAS
#MemimpinNegara