Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN.
KUALA NERANG, 3 Julai 2021 : YB.Tuan Hj.Munir@ Yusoff Zakaria ADUN Kuala Nerang dan isteri sempat menziarahi pesakit barah otak di Kampung Bakong, Kuala Nerang.
Turut hadir, YDP PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Majid, AJK PKWR Kuala Nerang Ibrahim Ahmad dan Pengerusi JPKK Kampong Bakong, Nazri Sharif.
Sehari sebelumnya, Yb mendapat berita tentang Puan Azliza Manshor, 37 tahun yang mengidap barah otak sejak 10 tahun lalu. Seperti lazim,
Yb Munir bergegas turun padang untuk menziarahi Azliza yang juga lumpuh untuk menyumbangkan kerusi roda dan bakul makanan di rumah ibubapanya. Azliza sebelum ini menetap di Teluk Intan, Perak bersama suaminya seorang warder penjara dan 2 orang anak.
Encik Manshor bin Hashim, bapa kepada Azliza mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB yang bertindak pantas menyumbangkan sebuah kerusi roda.
“Moga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan pergerakan beliau untuk menguruskan diri dan keperluan sehariannya”, ujar YB.