Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Peti besi milik Perdana Menteri Pertama dibuka

265
SHARE

02 JULAI 2009 (KHAMIS)

PADA hari ini dalam tahun 2009, YB. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, membuka peti besi milik Perdana Menteri Pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur.

Pembukaan peti besi ini meleraikan rahsia isi kandungannya yang tersimpan selama 19 tahun lalu.

Kredit foto : Google

Peti besi ini mengandungi 46 artifak berharga termasuk cenderamata bersadur emas yang kesemuanya bernilai hampir RM400,000.

Antara artifak dan cenderamata yang ditemui adalah jam, pen bersalut emas, syiling bergambar wajah bekas Sultan Terengganu dan gunting bersalut emas.

Terdapat juga cenderamata berbentuk anak kunci dengan 97.9 peratus kandungan emas bernilai RM3,500 yang diterima sempena pembukaan Masjid Ar-Rahmah, Alor Setar, Kedah.

Kesemua cenderamata ini diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara sebagai tanda terima kasih di atas kesudian Almarhum Tunku merasmikan sesuatu acara atau melawat lokasi mereka.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google