Home Berita PAS Kelantan

Selenggara tangki septik, elak denda RM50 ribu

252
SHARE
Oleh NoORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 30 Jun: Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., (IWK) selaku operator perkhidmatan pembetungan Negeri Kelantan yang baharu menyatakan komitmennya dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam penyelenggaraan pengurusan nyah enap cemar.
Ketua Wilayah Desludging Business Unit IWK, Marzuki Hanafiah memaklumkan IWK yang baharu enam bulan beroperasi di Kelantan bermula 1 Januari lalu, bersedia memenuhi keperluan masyarakat untuk menjalankan kerja-kerja pengosongan tangki septik jenis polysept, palong (kerek telaga) dan ikat bata (kolah).
“Pemilik rumah perlu menunaikan kewajipan tersebut mengikut akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dibaca bersama Seksyen 44 dan Perenggan 65 (1) (c)”, katanya ketika berkunjung hormat Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, di pejabatnya, hari ini.
Sehubungan itu, IWK meminta kerjasama UPKN mengingatkan masyarakat mematuhi arahan pihak berwajib bagi mengelakkan didenda RM50,000.
Turut hadir, Ketua Operasi Unit Desludging Business Unit Kelantan, Wan Rahibullah Wan Ismail, Eksekutif Pemasaran Desludging Business Unit Wilayah Timur, Mohd Yusme bin Yusoff dan Penolong Pengarah Kanan UPKN, Abdul Malik Abdul Karim.