Home Berita PAS Kelantan

Pusat Khidmat ADUN Temangan teruskan rutin sumbangan musim PKP

313
SHARE
TEMANGAN, 24 Jun: Pemberian sumbangan dan bantuan kepada penduduk setempat yang terjejas akibat PKP yang sedang dilkasanakan terus menjadi sebahagian rutin harian di Pusat Khidmat ADUN Temangan, Dewan Dato’ Haji Hassan, Pondok Hidayah.
Sebahagian sumbangam tersebut diwakilkan kepada Penghulu untuk disampaikan dari rumah ke rumah dan sebahagian lagi, penerima dijemput hadir ke Pusat Khidmat untuk menerima sumbangan tersebut. Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak sebesar mana tetapi diharap ia sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak beban yang ditanggung rakyat.
Sekiranya ada yang benar-benar memerlukan, dan tidak menerima sebarang bantuan, PKD ADUN Temangan berbesar hati untuk menghulurkan sedikit bantuan sekadarnya. PKD ADUN Temangan menyeru dan memohon masyrakat setempat untuk menghubungi Penghulu yang merupakan wakil di setiap mukim.