Home Berita PAS Kelantan

KPKB anjur pertandingan video pendek

227
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 17 Jun: Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) menganjurkan pertandingan video pendek berslogan Bertani Satu Ibadah dengan hadiah utama seekor kambing.
Pertandingan bertemakan “Lockdown Living” mempelawa rakyat Kelantan yang bermastautin di negeri ini berkongsi aktiviti pertanian yang dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pengurus Besar KPKB, Mohd Mukhlis Mukhtar berkata penglibatan para peserta bimbingan aktiviti program Kerajaan Negeri Kelantan amatlah dialukan-alukan kerana tiada sebarang bayaran penyertaan dikenakan.
“Para peserta perlu memilih satu aktiviti sahaja sama ada tanaman, penternakan atau perikanan paparan elemen positif dan kreatif berbentuk animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari dengan kos penyediaan video terhad untuk satu isi rumah tersebut ditanggung sepenuhnya oleh peserta”, katanya ketika dihubungi.
Video berdurasi 3 minit termasuk montaj dan kredit tersebut hendaklah dihantar sebelum 28 Jun 2021 berformat AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4 beresolusi minimum Video HD 720p (1280 x 720 pixel) sama ada diedit atau tanpa suntingan.
Peserta perlu memuat naik video Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berserta sinopsis bertulisan Arial, bersaiz 11 dan langkau sebaris ke platform Google Drive.
Kemudian, kongsikan pautan video ke kpkb@pkink.gov.my atau Telegram dan Whatsapp yang dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi 013-9213299 (Encik Hasni) atau 010-4165915 (Cik Adneen).