Tahniah kepada semua, terutama rakyat negara ini yang telah menyahut seruan kerajaan dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan juga kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi kerana usaha keras dan bersungguh-sungguh mereka sejak dari mula hinggalah ke hari ini.
Suntikan vaksin hari ini, dilihat melebihi 200K sehari. Dan dijangka angka ini akan terus dipertingkatkan dengan adanya tambahan Pusat Penerima Vaksin (PPV) yang diwujudkan dalam negeri-negeri yang terpilih.
Ini membuktikan bahawa kerajaan serius dalam usaha membendung dan menangani wabak Covid-19 yang melanda negara sehinggalah usaha terkini merancang Pelan Pemulihan Negara.
Perkembangan ini sekaligus mengagalkan usaha jahat pihak tertentu yang cuba mempengaruhi rakyat dengan memberi gambaran negatif terhadap vaksin Covid-19.
PAS Negeri Johor menyeru kepada seluruh rakyat negara ini supaya memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan agar segala rancangan untuk pemulihan kesihatan rakyat dan kesejahtaraan negara dapat segera dicapai.
DR. MOHD MAZRI YAHYA
Timbalan Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
17 Jun 2021 | 6 Zulkaedah 1442H
#KerajaanPrihatin #MenangBersama