GAAL, 15 Jun: Agihan Bantuan Bakul Makanan Covid-19 fasa 1 kali ini melibatkan 10 mukim penghulu iaiaitu; Mukim Penghulu Gong Jenereh, Mukim Penghulu Telosan, Mukim Penghulu Tok Kamis, Mukim Penghulu Gaal, Mukim Penghulu Pengkalan Pauh, Mukim Penghulu Kandis, Mukim Penghulu Changgai, Mukim Penghulu Batu Berendam, Mukim Penghulu Temila dan Mukim Penghulu Wakaf Raja.
1000 penerima menerima manfaat bantuan dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gaal dan 950 penerima menerima sumbangan dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Pasir Puteh di Mukim-Mukim Penghulu dengan pola purata lebih 50 penerima bagi 1 mukim.
Bantuan yang disediakan pihak YB ADUN Gaal bagi Fasa Ke-2 mensasarkan 1500 bakal penerima dari kalngan rakyat N32 DUN Gaal, waktu PKP 3.0 (lockdown).
Sehingga hari ini, agihan bantuan terus disempurnakan dan masih berlangsung lancar dengan khidmat bakti para Penghulu Mukim.
Keseluruhan Mukim di DUN Gaal adalah 19 Mukim. Bantuan ini difokuskan keutamaan kepada rakyat miskin dan terkesan ekonomi yang memerlukan segera dalam tempoh ini.
Fasa ke-2 dan seterusnya akan menyusul daripada pihak YB ADUN Gaal.